Wednesday, February 5, 2020

EVERTHING IS KNOWLEDGE

Cerita ini bermula apabila Dre Parker mengikut ibunya berpindah ke Chaina. Suatu hari Dre bermain bola di taman tiba-tiba datang sekumpulan budak nakal yang mengganggunya. Suatu hari Dre dikejar oleh sekumpulan budak nakal dan dia dipukul sampai lebam. Tiba-tiba Mr.Han memberhentikan pergaduhan antara Dre dan sekumpulan budak nakal.Selepas itu Mr.Han merawat luka Dre dengan cara pengubatan tradisional. Sejak kejadian itu, Dre ingin mempelajari kungfu darinya.
 Dre mempunyai sikap tidak disiplin kerana selalu membuat kesilapan yang sama. Ibunya sering memberitahunya agar meletakkan jaket di penyangkut baju. Suatu hari Mr.Han pergi ke rumah Dre untuk membaiki water heater dan dia selalu melihat Dre yang sering dimarahi ibunya agar meletakkan jaket di penyangkut namun dia mengulangi kesalahan yang sama. 
Mula-mula Mr.han menolak untuk mengajar Dre. Suatu hari Mr.han berjumpa Guru Li untuk berdamai. Guru Li mengajar anak muridnya agar tidak menunjukkan belas kasihan kepada musuh-musuh mereka, Guru Li memberi cabaran kepada Mr.han untuk menentang anak muridnya. Mr.han menerima cabaran itu, namun menegaskan pertarungan berlangsung di ternamen akan datang.  
Selepas kejadian itu, Mr.han menerima Dre sebagai anak muridnya dan mengajar cara berkung fu. Mr.han mula menggajar Dre, tapi Dre kecewa bahawa Mr.Han hanya menyuruh dia menghabiskan waktu berjam-jam untuk melepas jaketnya, menggantung, mejatuhkannya, dan meletakkannya lagi. Dre menolak untuk melanjutkan latihannya sampai Mr.Han menunjuk bahawa kerakkan dengan berulang-ulang adalah kaedah pengajaran bela diri teknik seni, yang menampilkan naluri ketika menyerang. Mr.Han menekankan bahawa gerakkan Dre adalah pelajaran dalam kehidupan secara umum.

Kesimpulan dari cerita ini adalah kita mestilah bersikap proaktif dalam melakukan kerja-kerja seharian kita. Disamping itu kita harus mempunyai sikap bertanggungjawab dalam sesuatu urusan.  

No comments:

Post a Comment