Wednesday, March 4, 2020

KISAH CRAYON CHIN CHAN


KISAH CRAYON SHIN CHAN
Crayon Shin Chan adalah siri kartun popular yang berasal dari jepun yang cukup terkenal di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sebut sahaja nama Shin Chan sudah pasti ramai diantara kita yang tau atau muda mengenali.
  Dengan telatah lucu dan bersahaja Shin Chan membuatkan ramai manusia di dunia ini boleh ketawa. Walaupun ianya sekadar kartun namun keberkesanan olahan cerita dan watak Shin Chan itu sendiri berjaya memikat hati ramai penonton.
Crayon Shin Chan adalah siri anime dari Jepun yang mengisahkan seorang budak kecil yang nakal bernama Shin Chan. Kehidupan bekerluarga ditunjukkan dalam siri kartun ini membuatkan ianya dekat dengan penonton. Setiap gelagatnya membuatkan ramai orang ketawa.

Kisah Benar Yang Sedih Mengenai Shin Chan

Namun, disebalik tawa riang yang ditunjukkan oleh watak Shin Chan itu tahukah anda ada satu cerita sedih mengenainya? Ianya kisah benar dan berlaku di alam nyata ini. Untuk pengetahuan semua, Siri kartun Crayon Shin Chan adalah kisah yang diinspirasi dari kisah seorang ibu yang kehilangan dua orang anaknya akibat kemalangan. Ibu tersebut ialah Misae, Misae mempunyai dua orang anak, seorang bernama Shin Chan dan adiknya bernama Himawari.
Suatu hari, Shin Chan melihat adiknya yang berada di jalan raya kemudian muncul kenderaan yang hampir melanggar adiknya itu.  Disebabkan adiknya berada dalam keadaan bahaya, Shin Chan berusaha untuk menyelamatkan adiknya. Namun, paling menyedihkan Shin Chan dan adiknya terkorban dalam kemalangan itu.

keluarga shin chanMembayangi Kisah Bahagia Bersama Kedua-dua Anaknya

Misae sangat terkejut dan sedih dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu. Selepas itu, Misae mula membayangi sebuah kisah bahagia yang menggambarkan keceriaan kedua-dua anaknya bersama-sama dengan bermain krayon milik Shin Chan dan melukis pada bukunya setiap hari.
Kisah hidup Misae ini dijadikan inspirasi untuk anime Crayon Shin Chan ini.  Shin Chan dan Himawari muncul dalam manga Crayon Shin Chan adalah berdasarkan kisah kedua-dua anak Misae yang meninggal dunia. Dengan manga yang diterbitkan, Misae berharap agar hidupnya kembali indah dan perasaan gembiranya yang ingin dikecapi bersama-sama dengan anak-anak.
Dikatakan bahawa penulis, Yoshito Usui sempat menulis kisah ini di halaman pertama episod pertama siri Crayon Shin Chan. Masyarakat Jepun menganggap kisah ini merupakan kisah benar.

shinchan dan himawariKisah Duka Disebalik Gelak Tawa

Itulah sedikit sebanyak โ€œkisah benar yang sedihโ€ mengenai siri kartun Crayon Shin Chan ini. Sungguh tidak disangka-sangka disebalik gelak ketawa kita selama ini menonton Shin Chan sebenarnya ada kisah duka disebalik nama Shin Chan ini.
Lihatlah bagaimana seorang ibu yang berduka lara dengan kematian anak kesayangannya masih lagi boleh menghibur dan mengetawakan manusia di seluruh dunia. Sungguh hebat! Jika anda merasakan kisah ini memberikan inspirasi kepada anda dan rakan-rakan anda silalah kongsikan artikel ini. Semoga kita mendapat manfaat dari kisah Shin Chan ini.

My Resepii 2

Assalamualaikum semua harini saya nak share lagi resepi ibunda saya yang selalu dia masak untuk anak-anaknya ๐ŸŒธ jom tengok dekat bawah๐Ÿ’ž




Ikan Siakap Masak 3 Rasa (RESEPI IBUNDA SAYA)

Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit
Tepung jagung - dilumur pada ikan
Minyak - untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:
4 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - ketuk

Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - tak letak
Sedikit minyak bijan - opsyenal

Bahan bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu - opsyenal
Kiub nenas dalam tin - opsyenal
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajino-moto secukup rasa

Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.

Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak goreng terendam kerana nak jimat minyak.

Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.

Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar.

Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencubaโœŒโค

Pengalaman Saya

Hai semua harini saya ingin berkongsi Pengalaman Saya Semasa Di Zaman Tadika Hingga Sekolah Menengah โœŒ

Semasa saya bersekolah di tadika kemas saya mempunyai ramai kawan yang sangat baik dan periang . Setiap pagi ibu saya selalu mengikat rambut saya ๐Ÿ’ž setiap hari rambut saya style yang berbeza ๐Ÿ˜‚ .Sampai cikgu saya suka dengan rambut saya โค

Semasa saya di sekolah rendah juga saya selalu membuat style rambut yang berbeza ๐Ÿ˜‚ . Ada satu hari saya tak siap kerja sekolah masa darja 1 , cikgu saya memberi denda kepada saya ๐Ÿ˜… denda dia cikgu saya mengambil gambar saya kerana dia suka tengok saya mengikat rambut tocang dua ๐Ÿ˜‚. Dan cikgu saya ingat perkara itu sampai saya habis darja enam๐Ÿ˜‚

Semasa saya masuk sekolah menengah saya dilantik menjadi pengawas perpustakaan dan saya menjadi pengurusi pps (pengawas pusat sumber) selama 2 tahun dan saya mempunya banyak pengalaman semasa di sekolah menengah โค saya banyak belajar mengenai buku semasa saya menjadi pengawas pps ,semasa tingkatan 3 saya mengkaji sejarah komtar , saya mendaki gunung jerai dan bukit bendera ,saya mempunyai pengalaman bagaimana mengurus dinner dan banyak lagi yang cikgu saya ajar semasa di sekolah menengah ๐Ÿ™‚๐Ÿ’ž

Sampai sini saja pengalaman saya yang boleh saya kongsi ๐ŸŒธ terima kasih kerana sudi membaca blog saya ๐Ÿ’›

My Diari

Hai assamualaikum , nama saya Faslina Fajar Binti Abd Azis ๐Ÿค— Saya anak ke dua daripada 3 beradik โ˜บ Saya mempunyai seorang kakak yang sangat baik hati dan seorang adik lelaki yang sangat manja ๐Ÿ’ž . Nama kakak saya lebih kurang saya , kadang orng ingat kami ni kembar ๐Ÿ˜‚ padahal muka tak sama langsung ๐Ÿ˜‚ . Bila saya keluar bersama kakak saya , ramai orang cakap yang saya ni kakak manakala kakak saya tu adik kepada saya ๐Ÿ™‡ . Mungkin sebab saya gemok dari kakak saya , mungkin saya nampak macam tua sikit ๐Ÿ˜‚. Dan bila saya keluar bersama ibu saya ramai yang cakap ibu saya ni kakak saya ๐Ÿ˜‚ saya tak faham kenapa orang nampak saya ni lain dari yang saya fikirkan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Inilah dunia ๐Ÿ™ . Tapi tak pa saya tak kisah sangat pun๐Ÿ˜… yang penting sekarang ni saya ingin belajar rajin-rajin insyaallah ๐Ÿ™‚. Dan saya bersama adik beradik saya dibesarkan di Pulau Pinang sejak kami kecil lagi โค. Hobi saya suka memasak ๐Ÿช . Saya harap suatu hari nanti insyaallah saya ingin membuka gerai makanan sendiri insyaallah๐Ÿ’™

My Resepii

Asalammualaikum semua ๐Ÿ˜‰ harini saya nak share sedikit makanan yang selalu saya buat pada hujung minggu ๐Ÿ’ž makanan ini sangat mudah untuk membuatnya dan makanan yang selalu saya buat ini sering dacari oleh golongan muda .. Kalau anda ingin tahu apa makanan tesebut jom tengok di bawah โ˜บ

                           Popia Carbonara Cheese



RESEPI POPIA CARBONARA CHEESE 

Bahan: 

1 peket kulit popia
1 tin cendawan butang (didadu)
1 tin carbonara mushroom
5 batang sosej (didadu)
3 keping daging burger (dihancurkan guna garfu)
2 batang carrot (diracik halus)
1 biji bawang holland (didadu)
3 biji bawang putih (didadu)
1 ketul kiub ayam
3 keping cheese
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit gula
1 sudu marjerin (untuk menumis)


Cara-caranya:

Cairkan marjerin
Tumis bawang putih & bawang holland smpai naik bau
Masukkan kiub ayam
Masukkan daging burger hancur tadi
Tumis sampai air daging keluar
Masukkan sosej
Masukkan cendawan butang
Masukkan carrot
Kacau sampai sebati
Masukkan satu tin sos carbonara prego
Kacau lagi
Masukkan 3 keping cheese tadi
Kacau rata sampai cheese cair
Masukkan sedikit lada hitam,gula & garam(ikut sesedap rasa)
Biar pekat sedikit dan tutup api
Biar sejuk seketika & bolehlah mulakan proses menggulung popia ๐Ÿ˜‰


Selamat mencuba semua๐Ÿ’ž