Wednesday, March 4, 2020

KISAH CRAYON CHIN CHAN


KISAH CRAYON SHIN CHAN
Crayon Shin Chan adalah siri kartun popular yang berasal dari jepun yang cukup terkenal di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sebut sahaja nama Shin Chan sudah pasti ramai diantara kita yang tau atau muda mengenali.
  Dengan telatah lucu dan bersahaja Shin Chan membuatkan ramai manusia di dunia ini boleh ketawa. Walaupun ianya sekadar kartun namun keberkesanan olahan cerita dan watak Shin Chan itu sendiri berjaya memikat hati ramai penonton.
Crayon Shin Chan adalah siri anime dari Jepun yang mengisahkan seorang budak kecil yang nakal bernama Shin Chan. Kehidupan bekerluarga ditunjukkan dalam siri kartun ini membuatkan ianya dekat dengan penonton. Setiap gelagatnya membuatkan ramai orang ketawa.

Kisah Benar Yang Sedih Mengenai Shin Chan

Namun, disebalik tawa riang yang ditunjukkan oleh watak Shin Chan itu tahukah anda ada satu cerita sedih mengenainya? Ianya kisah benar dan berlaku di alam nyata ini. Untuk pengetahuan semua, Siri kartun Crayon Shin Chan adalah kisah yang diinspirasi dari kisah seorang ibu yang kehilangan dua orang anaknya akibat kemalangan. Ibu tersebut ialah Misae, Misae mempunyai dua orang anak, seorang bernama Shin Chan dan adiknya bernama Himawari.
Suatu hari, Shin Chan melihat adiknya yang berada di jalan raya kemudian muncul kenderaan yang hampir melanggar adiknya itu.  Disebabkan adiknya berada dalam keadaan bahaya, Shin Chan berusaha untuk menyelamatkan adiknya. Namun, paling menyedihkan Shin Chan dan adiknya terkorban dalam kemalangan itu.

keluarga shin chanMembayangi Kisah Bahagia Bersama Kedua-dua Anaknya

Misae sangat terkejut dan sedih dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu. Selepas itu, Misae mula membayangi sebuah kisah bahagia yang menggambarkan keceriaan kedua-dua anaknya bersama-sama dengan bermain krayon milik Shin Chan dan melukis pada bukunya setiap hari.
Kisah hidup Misae ini dijadikan inspirasi untuk anime Crayon Shin Chan ini.  Shin Chan dan Himawari muncul dalam manga Crayon Shin Chan adalah berdasarkan kisah kedua-dua anak Misae yang meninggal dunia. Dengan manga yang diterbitkan, Misae berharap agar hidupnya kembali indah dan perasaan gembiranya yang ingin dikecapi bersama-sama dengan anak-anak.
Dikatakan bahawa penulis, Yoshito Usui sempat menulis kisah ini di halaman pertama episod pertama siri Crayon Shin Chan. Masyarakat Jepun menganggap kisah ini merupakan kisah benar.

shinchan dan himawariKisah Duka Disebalik Gelak Tawa

Itulah sedikit sebanyak “kisah benar yang sedih” mengenai siri kartun Crayon Shin Chan ini. Sungguh tidak disangka-sangka disebalik gelak ketawa kita selama ini menonton Shin Chan sebenarnya ada kisah duka disebalik nama Shin Chan ini.
Lihatlah bagaimana seorang ibu yang berduka lara dengan kematian anak kesayangannya masih lagi boleh menghibur dan mengetawakan manusia di seluruh dunia. Sungguh hebat! Jika anda merasakan kisah ini memberikan inspirasi kepada anda dan rakan-rakan anda silalah kongsikan artikel ini. Semoga kita mendapat manfaat dari kisah Shin Chan ini.

No comments:

Post a Comment